Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Banyak fakta dari sumber sejarah menunjukkan bahawa Batu Permata ,Batu mustika, Barang mistik , Antik ,Rajah maupun benda benda bertuah mempunyai tempat yang amat istimewa di hati kalangan masyarakat dunia khasnya masyarakat Malaysia sejak Nenek Moyang Kita
Walaupun pada umumnya Batu Permata dan Barangan Antik dan Mistik ini hanya dimiliki oleh golongan tertentu saja,
Dengan banyak fakta dan bukti dari golongan rakyat biasa mahu pun atasan yang banyak menggunakannya dalam mendampingi perjalanan hidupnya
Batu Permata, Barangan Mistik, Antik dari kami boleh dimiliki siapapun,
Selain sebagai perhiasan sebenarnya Batu Permata dan barangan mistik mempunyai Rahsia yang tersendiri dengan izin Allah swt semata-mata.
Sebab itulah ianya tetap mendapat tempat dalam masyarakat di mana-mana tempat pun di dunia. Barangan daripada kami lebih khusus kepada pertempuran.Semoga dapat memanfaatkannya kearah kebaikan atas izin Allah S.W.T

Saturday 21 January 2012

Selendang Kain Cindai


Dalam dunia ini terdapat secebis urat benang tidak dimakan api jika dibakar. Sudah tentu ianya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Kain Cindai merupakan kain tenunan sutera asli yang dibuat dengan mutu kualiti yang tinggi. Penggunaan ikatan berkembar menjadikan ianya utuh dan tahan lasak. Nama lain yang juga digunakan adalah kain cinde, gerinsing, patola, luffa, dan limar dikebanyakan nusantara ini. Tidak dapat ditentukan bilakah sebenarnya ia digunakan. Mengikut sejarah kain cindai ini berasal daripada daerah Patan di Gujerat, India. Dibawa masuk oleh pedagang Gujerat dan India ke Tanah Melayu sekitar beberapa ratus tahun dahulu.

Penggunaan awal kain Cindai pada mulanya sebagai pakaian yang berupa semutar (seakan serban @ diikat dikepala) dan selendang bagi kaum perempuan. Ekoran akan ketahanan kain ini ianya telah dijadikan sebagai salah satu senjata dan pakaian diri oleh pahlawan dahulu kala. Para pahlawan dahulu bagi lelaki akan mengikat samada dikepala ataupun dipinggang dan bagi pahlawan wanita akan dijadikan selendang ataupun ikatan pinggang bagi membuka langkah. Penggunaan kain Cindai ini ada dinyatakan didalam kisah-kisah lama seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Dewa, Kisah Cik Siti Wan Kembang dan sebagainya.

Pada masa kini kain Cindai yang baru masih boleh diperolehi di India dan kebanyakan digunakan oleh penduduk disana bagi dijadikan sari berbanding dahulu digunakan oleh pembesar-pembesar dan raja-raja. Untuk mendapatkan kain cindai yang lama @ antik amatlah sukar diperolehi dimasa kini. Pun begitu ada juga dikalangan pengumpul dan peminat akan mencarinya sebagai koleksi disamping menggunakan khasiatnya yang hanya diketahui pemiliknya. Kain Cindai Tuan Puteri dan Pahlawan dahulu kala merupakan hajat mereka bagi menambahkan koleksi simpanan untuk mereka membongkar akan khasiat dan penggunaannya.
Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki yang asli dan antik dengan mahar istimewa..

Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.

Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status sebagai bangsawan dan hartawan.

Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannya dan digunakan secara menyebat. Ia juga digunakan secara mencekik, menyambar anggota badan lawan dan mengunci atau mengikat pergerakan lawan. Kebiasaannya untuk pertarungan, satu hujung kain ini akan diikat dalam simpulan tertentu untuk berfungsi sebagai pemberat bagi memudahkan ia disebat. Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dan dikatakan mereka dapat memecahkan busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu. Kebiasaannya pesilat wanita menggunakannya sebagai senjata pertahanan diri kerana kain cindai digunakan sebagai tudung/selubung, selendang atau ikat pinggang dalam pemakaian tradisional pakaian wanita Melayu.

Dalam kesusasteraan Melayu, kain Cindai telah digunakan oleh Hang Jebat bagi membebat /membalut luka sebelum dia turun mengamuk. Hang Jebat dikatakan hanya mati selepas bebatan kain Cindai itu dibuka oleh Hang Tuah.




HARGA RM2K..


0126758563

No comments:

Post a Comment

Followers